salam kembali. salam perjuangan..🙂

“Manusia Insan Lemah, Allah Yang Maha Kuasa Mampu Menguatkannya!”

As-Sarawaki, 05 Muharram 1431H: Alhamdulillah, segala puji selamanya milik Allah SWT Yang Maha As-Samad. Marilah kita sentiasa memujiNya, meminta pertolonganNya dan memohon ampunan kepadaNya. InnalLaha ma’ana!

Semoga tetamu ziarah yang budiman sekalian berada dalam keadaan iman dan kesihatan yang baik serta terus diberi kekuatan ber’amal kerana Allah. Mungkin mereka yang masih setia menjenguk blog ini tertanya-tanya bilakah blog ini akan dikemaskini? Mengapa tiada entri baru? Tuan punya blog masih sihat? Mana menghilang Muhtar Suhaili dari alam siber? Ya, saya perlu akui kelemahan diri yang kurang istiqamah dalam hal ini sejak akhir-akhir ini. Sudah hampir 2 bulan iaitu semenjak kembali dari Misi Kemanusiaan AMAL Malaysia ke Padang, Sumatera blog ini tidak diupdate. Saya terkenang kata-kata Buya HAMKA betapa “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Astaghfirullah!

“Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa-jiwa kami dan kejelekan amalan-amalan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak akan ada yang menyesatkannya. Dan barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidak akan ada yang memberi petunjuk kepadanya.”

Salam Tahun Baru Hijrah 1431H! Pastinya banyak ‘ibrah yang kita perolehi dan marilah kita bersama-sama menghayati pengajaran dari peristiwa hijrah Rasul dan sahabat-sahabat. Prof. Dr. Syaikh Yusuf Al-Qaradawi pada Sabtu 19 Disember lepas di Masjid Shah Alam menyatakan antara pengajaran Hijrah termasuklah Hijrah itu adalah kemenangan dalam mempertahankan aqidah, hendaklah kita sentiasa yakin dengan janji Allah, pentingnya sabar dalam perjuangan, perlunya perancangan dan penuh berstrategi dalam berdakwah, pembinaan masyarakat Islam, fungsi masjid sebagai hub kecemerlangan, pasar sebagai hub ekonomi berlandaskan syara’, Islam mementingkan jemaah dan persaudaraan Islam, bahaya golongan munafiqin dan lain sebagainya. Untuk bacaan lanjut, sila baca catatan di blog Saudara Riduan Khairi, Saudari Azniza dan Saudari Nashita Md Noor.

1Aqidah: Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan

Di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia, kita pasti bahkan tidak dapat melepaskan diri dari mendengar slogan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Satu doktrin yang cuba diterapkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pentadbirannya. Dalam semangat Hijrah, alangkah baiknya slogan “1 Aqidah: Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan” juga dicanangkan di seantero negara agar rakyat juga cinta akan hal ini sekaligus menghayatinya. “1Malaysia” dibentuk atas wacana dan tujuan politik, manakala konsep “1Aqidah” perlu diarusperdanakan atas faktor iman dan agama.

Ya, saya maklum ia tidak semudah menulis dan bercakap, kerana pelaksanaan konsep “1Aqidah” memerlukan anjakan minda dan sikap. Sebagai orang awam (ya.. sesungguhnya sebagai orang awam), saya lebih menekuni dan cenderung bersetuju dengan pandangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam artikelnya “Pengitlakan Istilah Yang Mengundang Fitnah” khususnya dalam mendepani 2 aliran ’sekolah’ pemikiran yang wujud kini.

Saya juga tertarik dengan penulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam hal membicarakan yang berkaitan “1Aqidah” seperti berikut yang dipetik dari blog beliau:

Al-Qaradawi menegaskan bahawa kewujudan dua pendapat betul dalam satu masalah, sememangnya boleh berlaku. Beliau mengatakan, mungkin satu pihak mengambil rukhsah, yang lain mengambil ‘azimah. Atau kedua-dua benar dalam situasi tertentu yang berbeza, atau kedua-duanya benar sebagaimana wujudnya qiraat bacaan Al-Quran.

Banyak lagi kisah-kisah sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati. Malah perlu difahami juga, hal ini juga boleh berlaku didalam perihal aqidah. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa ilmu aqidah itu terbahagi kepada:

a) Usul Aqidah: iaitu ilmu bersumber ayat Al-Quran yang tidak terdedah kepada sebarang tafsiran dan takwilan menurut ilmu Usul Fiqh seperti kewujudan Allah, keesaanNya, sifat kesempurnaanNya dan banyak lagi.

b) Furu’ Aqidah: Ilmu aqidah yang bersumber ayat Quran dan Hadis sohih tetapi terdedah kepada tafsiran dan takwilan yang sesuai menurut kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh. Seperti Syafaat di akhirat, Melihat Allah di syurga, mentakwil ayat sifat Allah, Imam Mahdi, penurunan Nabi Isa a.s dan banyak lagi.

[Rujuk Kayfa Nata’amal Ma’a Turath wa At-Tamazhab wal Ikhtilaf, Al-Qaradawi, Maktabah Wahbah, Mesir, 2001, hlm 142].

Justeru, bagi memahami pembahagian ini, perlu difahami sebaiknya ilmu dalalatul ahkam di dalam pengajian ilmu Usul Fiqh.

Saya membawakan hal ini sekadar ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa hal ini jika tidak dihayati dan difahami dengan sebaiknya, akan mula muncul perasaan ingin menghina dan bermusuh dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.

Namun ingat, segala perbezaan ini mestilah datang dari mereka yang berkeahlian. Yang paling perlu dielakkan adalah, seorang alim melayan debat dengan seorang jahil. Ia sangat membuang waktu dan menyakitkan kepala sahaja. Kerana si jahil tidak akan mampu memahami laras bahasa dan istilah yang digunapakai oleh si alim. Justeru, tindakan terbaik bagi si alim adalah diam.

Kesimpulannya, dibenarkan untuk menolak hujjah pihak yang lain, namun dalam pada kritikan ilmiah dibuat, jangan lupa juga mengiktiraf bahawa pihak yang lain juga ada niat baik untuk kebaikan Islam. Masing-masing merasakan pendekatan dan ilmu mereka adalah yang lebih tepat untuk membawa kepada keagungan Islam.

Namun jangan terlupa, ruang kesilapan masih boleh wujud di pihak kita. Saya sendiri sering mengingatkan diri saya ketika mengulas isu-isu kewangan dan riba, bahawa saya mungkin boleh berada di pihak yang kurang kuat dan tidak kukuh hujjahnya.

Justeru itu kerap saya katakan kpeada mereka yang sibuk dan marah-marah dengan pandangan saya, “Pandangan dan tulisan saya tidak wajib ke atas sesiapa untuk mengambilnya, anda bebas untuk terima atau menolaknya”.

Cuma harapan saya, jika menolaknya, tolaknya disebabkan kerana hujjah yang lebih meyakinkan dari mereka yang berkelayakan bukan kerana kita terlibat dalam bisnes itu nescaya mesti nak jadikan ia halal, atau dalam kata lainnya, kerana nafsu sendiri.

wassalam🙂

About fzfain88

islam. moderate. programmer. did all because allah. :)

As salam. Hi. Leave a Comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s