as salam.🙂

allah itu Maha Hebat, kehebatannya melangkaui lintasan fikiran manusia.

sebab itu sy hanya suke sebut ‘allah itu Hebat’,

bukan yg lain @ sesiapa @ ape2.
hebatny Allah, dunia ini adalah miliknya, Dialah Pembuatnya.
allah itu hebat, Dia Maha Hebat , & dia sentiasa berkata sesuatu yg hebat.
allah berkata tentang masa.
maka masa itu sangat besar ertinya.
allah berkata tentang bintang, matahari & bulan.
matahari itu setiap saat proses pembakaran di dalamnya berlaku melebihi kekuatan beribu biji atom.
dengan proses tersebut, ianya menghasilkan cahaya & haba kepada alam, bumi mendapat manfaatnya.
allah berkata tentang bulan.
pelbagai bentuk bulan memberikan faedah besar kpd manusia.
banyak kalendar merujuk kpd peredaran bulan.
maka bulan itu sesuatu yg besar.
allah berkata tentang bintang, bagaimana ianya memberikan banyak manfaat.
dgn bintang, musafir dperjalanan merujuk arah.
dgn bintang, mereka yang hilang arah dlautan air & padang pasir akan bertemu semula arah.
maka bintang itu besar sgt manfaatnya.
dlm allah berkata2 tentang Matahari , Bulan , Bintang, Masa, Bumi , Gunung2, Dia ada bercerita tentang beberapa manusia.
25 orang rasul.
penghuni-penghuni Gua.
nasihat luqmanul hakim kpd anakny.
kisah ashabul ukhdud.
nama zaid , sahabat & anak angkat nabi.
kisah redhanya Allah pada sahabat2 Nabi Muhammad saw.
maka, apabila Allah yang Maha Hebat selalu berkata tentang benda-benda hebat, tetapi dalam keadaan yang sama, Dia berkata tentang beberapa manusia ini, pastilah manusia2 yg dsebut ini juga HEBAT.
tanda cinta adalah apabila nama yang dcintai itu selalu dsebut.
tanda benci apabila nama yg dbenci selalu dsebut.
begitulah apa yg Allah ajarkan.
Nabi2, para sahabatnya, kisah seorang buta yg inginkan kebenaran, penghuni-penghuni gua,  Allah telah memuji mereka dsebabkan condongnya hati mereka kpd iman, kpd Allah.
hati-hati mereka ini sentiasa tidak senang apabila tiada pertambahan iman di jiwa.
setiap detik hayat mereka, tiada yg dpelihara melainkan iman d dada.
mereka berusaha & berusaha, agar Allah itu ddaulatkan, aturannya dturutkan, agamanya menjadi panduan.
maka benar, mereka memang manusia hebat.
firaun, haman, qarun, abu lahab, kaum tsamud, kaum lut, kaum madyan, segolongan bani israel , Allah telah mengutuk & mengulang-ulang nama mereka dsebabkan kefasadan @ kemusnahan yg mereka lakukan.
mereka memerangi manusia yg rindukan kedamaian.
mereka tidak senang apabila manusia tidak bergantung pada mereka.
mereka dgn rela condong hati-hati mereka pada sesuatu yg tidak sepatutnya.
benarlah mereka memang HEBAT, Hebat pada menentang Allah , Tuhan Pencipta yg Maha Hebat.
Maka kita sebagai manusia, apabila sudah TAHU bahawa Allah itu MAHA HEBAT dan berkata-kata tentang perkara yang HEBAT & ada dari perkara-perkara yg hebat yg dbicarakan Tuhan itu adalah manusia, maka ianya ada iktibar yg boleh dambil.
perjalanan hidup mereka, djadikan pedoman, panduan meniti kehidupan.
maka apabila kite sbg manusia , insan yg merindui Tuhannya, sewajarnya kita mencari-cari jalan agar nama kite juga Allah akan menyebutnya..

insyaallah. ameen🙂

wassalam.🙂

About fzfain88

islam. moderate. programmer. did all because allah. :)

As salam. Hi. Leave a Comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s