assalamualaikum.🙂

 

subhanallah , alhamdulillah, wa lailahaillallah, allahhu akbar..

 

hebat pagi ini, tiada Tuhan yg layak mencipta segalanya yang berlaku ini melainkan diriNya yg Satu, yg sentiasa bertakhta di hati. 

 

temporary earth for me & all muslims

 

sedikit rasa yg ingin dikongsikan bersama. untuk rakan-rakan yg diluar sana & mungkin juga buat diri ini.

bagaimanalah agaknya pandangan orang terhadap saya bilamana saya sering dijadikan tempat meluah perasaan.

memang saya suka membantu & memberi jika mampu. insyaAllah. malah tidak sanggup berdiam diri @ mengatakan tidak @ tiada pd yg memerlukan. suka mendengar cerita pahit maung, kisah suka duka, tawa tangis & segala-galanya yg diceritakan. pasti akan saya dengari dgn baik sekali. tidak tahu mengapa saya yg dipilih untuk mendengar segalanya ini, tapi apa yg pasti, mungkin anda hanya mahu saya menjadi pendengar yg setia. & saya tahu itu sudah cukup memuaskan hati seorang kawan. hasilnya akan berbaloi, kerana saya akan berusaha menjawab segala permasalahan mereka jika mampu. 

 

sedikit pun tidak merasa beban. ini semua adalah sebagai bekalan buat diri. kerana jika nanti diperlukan, sudah ada jawapan didalam kotak hati.

saya tidak menyalahkan sesiapa didalam hal ini kerana mereka juga ada perasaan & hati yang perlu dijagai.  

kadang-kadang hati kecil ini berkata, “aku boleh mendengar & boleh membantu setakat yang aku mampu”..

seringkali berbisik “bagaimana jika apa yang mereka lalui itu terjadi kepada aku? adakah orang yang akan membantu aku?  adakah insan-insan yang berhati mulia menoleh kearah ku dan membimbing aku ke jalan yang betul”..

 

benar dalam dunia ini memang ramai yang sudi menjadi sahabat. tp, adakah mereka sanggup menemani kita sewaktu kita memerlukan mereka samaada dalam sukar, sibuk, payah & susah?

tidak perlu dijelaskan disini, bukan mudah untuk mencari sahabat yang sanggup susah & menangis bersama.  sgt sukar..  

 

mendengar permasalahan orang lain tidaklah salah.  selagi kita tidak memaksa mereka untuk meluahkan segalanya, maka kita perlu meneruskan tanggungjawab kita sebagai seorang pendengar yg setia.  

 

alhamdulillah, dari sudut lain saya pernah merasakan diri ini cukup bertuah kerana masih ada insan yang bergelar sahabat yang sanggup mempercayai kita dan meletakkan kita sebaris dengan nama-nama orang yang mereka percayai.  Sesungguhnya, memang begitulah adat yang harus kita sanjung.  mereka memberi kita menerima, dia mempercayai kita maka kita harus meyakinkan mereka.  

 

adakah saya akan menjadi pendengar yg setia?

bagaimana dengan anda?

jawapan saya:  YA, SAYA akan tetap setia.. kerana ia telah lahir dari jiwa sejak azali lagi. inilah penciptaanNya.

 

  • setiap apa yang kita hadapi dan lalui didunia ini adalah dugaan Tuhan semata-mata untuk kita.  Bertanya pendapat dan meminta pandangan dari seseorang yang lain tidak salah, malah ia adalah satu daripada jalan yang memungkinkan kearah kedamaian. insyaAllah.
  • menjadi pendengar yang setia kepada permasalahan orang lain adalah mulia.  yang penting kita harus ikhlas & jujur.  Bila seseorang telah meletakkan kepercayaan kepada kita maka ia adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus kita pikul dengan baik supaya tidak terpesong daripada landasan yang sepatutnya.  lakukan seada yang mampu kita lakukan. kerana yg pergi nanti tidak akan kembali.
  • jangan menjanjikan bintang & bulan syurga idaman kepada sahabat kita kerana semata-mata untuk menyenangkan hati mereka.  

 

wallahhualam.

wassalam.🙂

About fzfain88

islam. moderate. programmer. did all because allah. :)

As salam. Hi. Leave a Comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s