salam ukhuwwah.. take ur time, make ur time again only for a little bit, but for d big thing.. 🙂

 

“Pentingkan perkara yang terpenting daripada perkara yang penting, kerana perkara yang terpenting itu lebih penting daripada perkara yang penting.”

 

Dalam hidup ini, ada benda yang penting dan ada juga benda yang amat penting. Apabila bertembungnya dua kepentingan, yang mana satukah pilihan kita?

 

* Antara harta dan cinta

* Antara dakwah dan belajar

* Antara keluarga dan sahabat

* Antara solat dan menyiapkan kerja

* Antara berjaga malam dan tidur

* Antara diam dan bertengkar

 

 

Kesemuanya sama penting, sama mustahak dan sama perlu. Macam mana hendak membuat pilihan?

Namun, jika diri ada ilmu, pasti masalah ini akan dapat diatasi dgn bijak mengikut hukum syarak yg dtetapkan.

 

Kata Nabi:

“Mukmin yang kuat, lebih baik dan lebih dicintai Allah, berbanding mukmin yang lemah dalam setiap amal kebaikan.”

– Hadis riwayat Muslim.

 

Antara Harta Dan Cinta

“Harta tidak boleh membeli cinta, tetapi cinta memerlukan harta.”

 

Kerana harta, jangan pula kasih sayang yang diabaikan.

Walaupun sibuk bekerja untuk menambahkan harta, kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak jangan dilupakan. Sedikit gurauan mesra dan kata-kata nasihat lebih menggembirakan hati anak-anak berbanding duit poket yang banyak. Anak-anak mahu dipeluk serta diusap kepalanya oleh ibu dan ayah lebih daripada kemewahan yang ditabur. Alangkah sedihnya anak-anak, jika yang membesarkan mereka adalah bibik dan pembantu rumah, bukannya ibu bapa mereka.

 

Seterusnya, kerana cinta, jangan pula harta yang digadaikan.

Isteri merenggek manja, minta dibelikan itu dan ini. Tangan meraba punggung, jari menyeluk poket, dompet dibuka dan wang dikeluarkan tanpa berkira. Kad kredit pula digunakan sesuka hati. Mula-mula, hatinya puas kerana dapat menggembirakan orang yang tersayang. Namun, apabila bil dan hutang mula bertimbun, mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur.

 

Antara Dakwah Dan Belajar

“Kita adalah pendakwah yang sedang belajar. Melibatkan diri dalam bidang-bidang dakwah lebih baik dan lebih berguna untuk masa depan daripada berpersatuan yang lebih kepada hak-hak sosial dan keseronokan semata-mata yang tidak berguna untuk jangka masa panjang”

 

Ingat dan hayatilah kata-kata ini wahai diri.

Jangan berlagak hebat dimedan universiti untuk segulung ijazah, sarjana atau apa sahaja bidang jika ilmu akhirat masih tidak dijaga dan diambil berat. Biarpun sibuk dengan peperiksaan, walaupun tertekan dengan bebanan pelajaran, tanggungjawab untuk berdakwah tidak pernah sesekali hilang ataupun gugur. Jika diri ini sedar akan hakikat bahawa dakwah adalah keutamaannya, maka ia akan lebih bersungguh-sungguh untuk belajar dan seterusnya aktif dalam gelanggang dakwah.

 

Tetapi, jika kita menganggap diri ini adalah pelajar yang sedang berdakwah, maka tunggulah saatnya di mana beban pelajaran akan digalas dan tanggungjawab dakwah akan dicampak ke tepi.

 

Ijazah, master dan PhD jadi sasaran. Jawatan besar dan gaji lumayan jadi impian. Sesiapa sahaja pun mampu mencapainya jika cemerlang dalam pelajaran. Tetapi, Ahmad yang tidak pernah sembahyang pun, mampu mencapainya. Muthu dan Ah Chong yang tidak pernah percaya kepada Allah juga dapat mengecapinya. Jadi, apa bezanya dengan kita, yang sama-sama ada PhD dan sama-sama bergaji lumayan?

 

Jika dakwah jadi keutamaan, maka jawatan dan pengaruh yang ada dapat digunakan untuk membawa orang-orang bawahan kita bersama-sama ke arah jalan Islam. Jika dakwah jadi sandaran, gaji yang dikumpul akan dilabur untuk membangunkan ummah dan menguatkan ekonomi Islam.

 

 

Antara Keluarga Dan Sahabat

”Keluargalah pendorong kita selamanya dan untuk segalanya. Sahabat hanya membantu ketika susah dan senang sehingga mana yang termampu. Bukan hanya untuk diperguna ketika dalam keadaan susah.”

 

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Jika Allah mengasihi seseorang hamba, maka Dia akan berikannya seorang saudara atau sahabat yang salih. Jika dia sudah mengingati Allah (tidak lalai), sahabatnya akan membantunya (dalam ketaatan kepada Allah) dan jika dia terlalai, sahabatnya itu akan mengingatkannya.”

 

 

Antara Solat dan Menyiapkan Kerja

”Jika seseorang umat itu tahu menyegerakan yang wajib itu adalah yang terbaik, pasti segala urusan dipermudahkan olehNya.”

 

Berlengah atau ingin menyiapkan kerja-kerja lain adalah sangat merugikan. Sekalipun hanya ingin menghabiskan sepotong ayat didalam sebuah karangan atau kertas kerja. Dia dalam keadaan tidak sedar tidak mampu sebenarnya menyiapkan sepotong ayat itu dengan ayat-ayat yang jelas dan berkualiti. Idea atau isi-isi penting hilang serta merta. Inilah yang dikatakan kuasa Allah. Jika DIA ingin menjadikan sesuatu kejadian itu, maka DIA hanya akan menyebut ”Kun Fayakun “Jadilah!” Lalujadilah..” Hebatkan? Sedangkan jika dia pergi menunaikan dahulu solat yang wajib itu pastilah idea-idea bernas dapat dihasilkan sekaligus menjadi sebuah karangan atau kertas kerja yang berkualiti. Jadi, ”nikmat manakah lagi yang ingin engkau dustakan?”

 

 

Antara Berjaga Malam dan Tidur

“Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (QS. Adz Dzariyat : 17-18)

 

Profesor Jim Horne dari Sleep Research Center di University of Loughborough mengatakan bahwa mereka yang berpendapat tidur lebih lama, itu tidak benar. Tidur enam atau tujuh jam satu hari sudah cukup lama.

Lagi-lagi, kita ucapkan Subhanallah, Al Qur’an telah diturunkan di tengah masa, dimana banyak sekali yang menyebutkan bahawa tidur dalam waktu lama itulah yang paling baik. Sampai datang penelitian di abad 21 yang menegaskan bahawa waktu tidur yang pendek itulah yang lebih baik untuk manusia. Bukankah ini seperti yang telah ditegaskan dalam Al Quran dibanyak ayat-ayatnya saat menerangkan tentang salah satu kebiasaan orang-orang yang bertakwa.

 

Seperti itu juga Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw untuk tidak banyak tidur, dan mengganti apa yang telah dikurangi dari waktu tidur di malam, pada waktu siang. Allah berfirman:

 

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun diwaktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu’) dan bacaan diwaktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).” (QS.Al Muzzammil : 1-7).

 

 

Antara Diam Dan Bertengkar

”Beruzlah (berdiam) diri itu lebih baik daripada bertengkar”

 

Pesan Rasulullah SAW lagi…

“Barang siapa antara kalian yang hidup sesudahku, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku.” (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Maka, lihatlah Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertengkar) itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat,” (al-Hujurat: 10)

 

 

Jangan Pening, Jangan Gelabah

“Pentingkan perkara yang terpenting daripada perkara yang penting, kerana perkara yang terpenting itu lebih penting daripada perkara yang penting.”

 

Dan, bahasa mudahnya adalah: ”PRIORITI”

“Mana satu yang penting?”

Jika diberi dua pilihan yang sama-sama elok, buatlah kedua-duanya, dan jangan diabaikan walaupun salah satu daripadanya. Selesaikan dahulu perkara yang amat penting, dan kemudian barulah selesaikan perkara yang penting.

Jika ditawarkan dua pilihan, antara yang elok dengan yang buruk, maka pilihlah yang elok.

Jika diugut dengan dua pilihan yang merugikan, maka dengan sedaya upaya, berusahalah untuk mengelakkannya. Mana mungkin untuk kita memilih, antara memotong tangan ataupun kaki sendiri?

 

Fikir2kan wahai diri dan semua pembaca..🙂

 

wassalam

About fzfain88

islam. moderate. programmer. did all because allah. :)

As salam. Hi. Leave a Comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s