assalamualaikum ..🙂

 

 

sabarlah wahai hati…

 

 

aku lahir ke atas dunia dgn izinmu,

lahirku saat rasul & sahabat telah tiada,

para tabi’ & tabi’in juga telah meninggalkanku,

zamanku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa..

 

aku terbit ditengah masyarakat islam,

namun Islam tiada lagi dalam hati & hidup mereka..

namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula..

 

aku kuatkan azam untuk menyertai mereka, 

cuba sedaya-upaya menggerakkan generasiku yang lumpuh ini,

generasi seusiaku yang sakit,

lalai dengan hiburan & asyik memuaskan nafsu,

sibuk dengan cinta yang penuh noda..

 

aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna,

namun aku sedar bahawa tugas ini adalah wajib & tidak memerlukan insan yang sempurna, 

kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa..

 

dan tugasku adalah berusaha..

 

gagal jatuh, dicela tak diterima itu perkara biasa, 

aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati..

 

aku adalah manusia biasa,

sama seperti kamu semua..

 

bukan nilaian harta yang aku cari, 

bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik & mulia,

cukuplah redhaMu sebagai harga..

 

marilah semua..

 

bantulah hambaMu ini ya rabb,

sama-sama menyedarkan generasi ini,

bangunkanlah semula umat ini, 

aku yakin islam pasti kembali, 

& insyaAllah selagi nafas tidak terhenti aku juga tidak akan berhenti..

ameen ya rabbal alamiin.. 

 

sekiranya kita memilih untuk teguh & tetap dalam menempuhi jalan yang panjang & sukar ini, ketahuilah bahawa kemenangan akan tiba. .

ia tetap akan tiba sama ada kita memilih untuk bersama atau tidak..

mohonlah pertolongan dengan usaha, sabar dan solat..

 

wassalam..🙂

About fzfain88

islam. moderate. programmer. did all because allah. :)

As salam. Hi. Leave a Comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s