assalamualaikum. semoga sihat, bertambah ilmu & bertambah iman didada. insyaAllah.🙂

ada kisah terbaik utk dikongsikan buat para muslimat. maaf, nota kali ini hanya untuk muslimat kerana ada gambar2 rakan2 seangkatan yg lain. insyaAllah akan dibuat utk versi kedua khas buat semua. 

pernah dengar tentang sahabat/kawan/teman akhirat? 

kata kakak seperjuangan diuniversiti: Sahabat yang baik membawa ke akhirat ialah mereka yang Membetulkan kata-katamu,

bukan yang Membenarkan kata-katamu. teguran itu adalah tanda sayang pd kawan/teman/sahabat.

APABILA membaca sirah (BiHi: Perjananan Hidup) Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم ternyata dalam perjalanan dakwah Baginda, Baginda ditemani oleh teman dan sahabat yang baik dan setia. Antara teman baik Baginda صلی الله علیﻪ و سلم adalah isteri Baginda sendiri, Saidina Khadijah, anak angkat Baginda Ali Abi Talib dan rakan seperjuangan Baginda, Abu Bakar رضي الله عنه . Apabila kita bertaaruf dengan teman dan sahabat Baginda, mereka adalah insan-insan yang hebat dan luarbiasa. Teman yang akan menemani Baginda di dunia dan di akhirat.

 

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada الله. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan kita untuk berusaha bersungguh-sungguh mencari bekal ke negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, teman berkasih sayang kerana الله, berpimpin tangan memimpin beban dakwah yang amat berat ini, demi bersama meraih syurga-NYA. Justeru, kita memerlukan teman dan sahabat. Berdoalah agar kita memiliki teman dan sahabat yang baik, bukan sekadar baik budi, tetapi baik sehingga ke syurgawi. Kita memerlukan sahabat dan teman dalam perjalanan ini. Seorang Nabi الله, Nabi Musa عليه السلام pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada الله agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.


“Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMU, dan banyak mengingatiMU, sesungguhnya الله Maha Melihat keadaan kami” (Thaha:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari الله untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian, membangun keperibadian mukmin dan umat. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redha-NYA dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan,

    “Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya”

Malah, Saidina Umar meminta kita ‘berpegang kepadanya’, bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

 

1) BERUSAHA MENJADI TEMAN KE SYURGA

Namun, ada sesuatu yang memelikkan. Di saat kita mahukan teman dan sahahat yang baik, apakah kita berusaha untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji الله, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? Sudahkah diri kita sendiri memiliki karakteristik sahabat yang baik? Kita lebih suka kritik dan mencari kelemahan teman dan sahabat kita berbanding kita melihat kepada diri sendiri sejauh mana kita telah mempersiapkan diri kita untuk menjadi teman yang baik.


Nabi Musa عليه السلام telah menemui teman dan sahabat yang baik, Nabi Harun عليه السلام. Keduanya memiliki keperibadian mulia dan komited menyeru kepada aqidah yang satu. Justeru apakah ciri yang sepatutnya kita miliki agar kita juga akan menjadi sahabat dan teman ke syurga?

2) KARAKTERISTIK TEMAN YANG BAIK

Penulis memetik satu tulisan dalam Majalah Solusi Bilangan 31, Abu Ya’la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه , beliau mencerita; telah ditanyakan,

 

“Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?”

    Sabda Baginda,

“Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada الله (apabila kamu) melihatnya,; dan bertambah pada ilmu mu (apabila mendengar) perbicaraannya; dan mengingatkan kamu kepada الله (apabila melihat) amalannya.”

Beginilah tarbiah Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم kepada para sahabat Baginda. Begitu halus dan tinggi hikmahnya. Baginda tidak menjawab, “Sayalah teman majlis yang terbaik!”.

 

Sebaliknya, memadai Baginda صلی الله علیﻪ و سلم hanya menyenaraikan ciri-ciri teman majlis yang hebat:

1.      Memandangnya, sudah cukup menyebabkan kita teringat kepada الله;

2.      Mendengar perbicaraannya, menyebabkan ilmu dan kefahaman kita kepada agama bertambah; dan

3.      Melihat amalannya, menyebabkan kita teringat kepada akhirat.

Apabila para sahabat رضي الله عنه  mendengar ciri-ciri dan sifat-sifat yang hebat ini, mereka faham itulah sebenarnya sifat yang ada pada diri Baginda صلی الله علیﻪ و سلم. Namun, apabila Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم memperincikannya, ini lebih memudahkan lagi para sahabat untuk memahaminya dan mencontohi. Malah, jawapan Rasulullah ini sebenarnya adalah satu targhib (galakan dan dorongan) agar mereka berusaha untuk mewujudkan sifat-sifat insan yang terbaik ini dalam diri mereka.

Inilah karektor teman dan sahabat yang perlu kita miliki dan kita cari. Jangan kita disibukan mencari-cari kelemahan sahabat dan teman kita, sebaliknya muhasabahlah sentiasa, sejauh mana kita memiliki keperibadian sebagaimana yang telah Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم anjurkan. Dengan keperibadian di atas, insyaAllah kita akan ditemani dengan teman dan sahabat yang baik.

3) BAGAIMANA CARA UNTUK MEMILIKI CIRI TEMAN YANG BAIK

Bagaimana untuk memiliki ciri-ciri di atas. Kita perlukan kepada tarbiyah iman yang berterusan. Bermula dengan tarbiyah ruhiyah, membersihkan hati dari sebarang perasaan mazmumah, mengisi jiwa dengan keimanan yang ikhlas, insyaAllah akan lahir buah iman iaitu akhlak yang ampuh, kefahaman aqidah yang benar dan pelaksanaan ibadah yang sahih dan KECINTAAN kerana الله semata.

Yang menjadi permasalahan hari ini mengapa kita tidak menemui teman dan sahabat yang baik atau mengapa keperibadian kita tidak terbangun roh keimanan adalah kerana dalam hati dan jiwa kita masih ada KECINTAAN kepada dunia. Kita berkawan kerana kepentingan dunia dan peribadi. Kita menjalinkan ukhwah bukan atas dasar KECINTAAN kepada الله tetapi hanya sekadar mengisi kekosongan jiwa kita, mencari habuan dunia dan pelbagai asbab yang lemah. Sedangkan Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم dan para sahabat رضي الله عنه  membina ukhwah atas dasar KECINTAAN kepada الله , KECINTAAN atas dasar KECINTAAN kepada akhirat dan syurga الله. Dalam sebuah hadith Qudsi, الله berfirman;

 

“CINTA-KU mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CINTA-KU mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CINTA-KU mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKU, CINTA-KU mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana AKU, CINTA-KU mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana AKU” (Hadith Qudsi)

 

Semoga jiwa kita tersentak dan bersegera memperbaiki diri agar kita memiliki karaktor teman dan sahabat yang baik di sisi الله. InsyaAllah kita akan dihimpunkan bersama-sama dengan sahabat dan teman yang baik di sisi-NYA. Proses hati kita dengan sentiasa mentadabbur Al Quran dan seerah Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم dan para sahabat رضي الله عنه . Perhatikan bagaimana mereka membina keperibadian mereka untuk berukhwah dan membina hubungan hati yang ikhlas antara satu sama lain. Hadirkan hati kita dalam majlis-majlis tarbiyah kerana di sana adalah perhimpunan orang-orang yang soleh.

Sekiranya kita telah dipertemukan dengan teman dan sahabat yang baik, maka hargailah kehadiran mereka, hormati mereka dan saling memperbaiki hubungan dengan mereka. Janganlah kita hilang mengasihi dan menghargai mereka hanya kerana kelemahan yang ada pada mereka. Hakikatnya kita sendiri punyai banyak kelemahan. Semoga الله memberkati kita.

 Dari:

http://usrahkeluarga.blogspot.com/2011/05/sahabat-akhirat.html

 BICARA HIDAYAH

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya الله dan para malaikat-NYA bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang berIMAN bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. “ [Al-Ahzab: 56]

Wassalam. Ilal liqa’.🙂

About fzfain88

islam. moderate. programmer. did all because allah. :)

As salam. Hi. Leave a Comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s