assalamualaikum ..  :)

 

 

 BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan.

 

Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

 

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.

Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

 

 

 

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

Seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)

 

 

 

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya.

 

 

 

 

dengan sahabat & senyuman,

 

sgl masalah dpt dikongsi,

berbicara dari hati ke hati,

tanpa sedar ada suatu ikatan yg tsembunyi,

yang tidak pernah disedari..

 

jika satu hari nanti kita berada jauh,

namun hati kita dekat,

doa sentiasa dihati,

 

menjunjung hubungan yang hebat,

 

dalam kesibukan dunia yang bongkak ini..

 

 

pencarian seorang sahabat sangat sukar,

ibarat mencari permata dalam serpihan kaca,

kilauannya hampir sama..

 

sahabat itu..

sentiasa bersama,

berbicara dari hati ke hati,

menjaga kepentingan teman & kehadirannya menyenangkan.. 

 

ia suatu ikatan yang lahir dari hati

keinginan yang ikhlas

bagi berkongsi tawa, tangis, kasih sayang serta keakraban..

 

sesungguhnya sahabat adalah tempat bicara setulusnya,

tentang impian dan pengertian hidup ini..

 

persahabatan yang murni dan suci,

adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran,

diwarnai dengan keikhlasan,

dicurahi dengan kasih sayang,

sekiranya ada gunting dalam lipatan,

robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan..

 

sahabat,

aku akui,

dalam berjuta,

engkaulah pilihanku, 

telah aku temui kepayahan dalam mencari sahabat sebenar,

yg setia sepertimu..

 

di laman hati kita,

insyaAllah,

takkan tumbang dgn rintangan,

hanya 1 pintaku,

agar diri ini sentiasa diingati dgn doa dari hati yg suci.. ikhlas keranaNya Yang Maha Satu.. 

 

 

Senyumlah wahai sahabat.. dimana jua engkau berada, walau tiada lagi sahabat yang setia..

kerana senyuman itu tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman, hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain..

namun, bertegaslah dalam keadaan yg perlu supaya agama kita tidak mudah diperkotak-katikkan.. 

 

 

wassalam🙂

About fzfain88

islam. moderate. programmer. did all because allah. :)

As salam. Hi. Leave a Comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s