assalamualaikum. semoga sentiasa sihat dipermudahkan urusan. insyaAllah. ameen.🙂

berkongsi dlm topik jamak yg brmaksud himpun 2 solat dlm 1 masa spt dibawah:

[Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, jld. 2, ms. 336]

[1] – Zuhur + Asar di dalam waktu Zuhur (taqdim) atau di dalam waktu Asar (takhir).

[2] – Maghrib + Isyak di dalam waktu Maghrib (taqdim) atau di dalam waktu Isyak (takhir).


syarat2 menjamakkan solat adalah:

1-musafir

 رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر

Rasulullah saw melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

2-keadaan sulit (spt sakit @ menaiki bas yg tidak berhenti shga luput waktu & sbgnya)

أراد أن لا ‏ ‏ يحرج أمته

Nabi saw bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya. [Atsar sahabat yang dikeluarkan oleh Abu Daud, dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no:1211]

3-hajat yg mendesak(spt doktor (melakukan pembedahan berjam2. jika berhenti akan memudaratkan pesakit), pelajar luar negara (menduduki perperiksaan @ terpaksa menghadiri kelas yg meliputi waktu solat yg pendek), pegawai keselamatan (tidak mengizinkan meninggalkan kwsn jagaannya) & sbgnya.

منبني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهروالعصر، والمغرب والعشاء.قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

 

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas.  

[Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]


4-hujan lebat (bg jemaah yg bersolat di masjid)

1 sebab Rasulullah saw menjamakkan solatnya di Madinah adalah kerana turunnya hujan lebat yang menjadi pegangan kuat mazhab Syafi’i. Hikmah yang boleh difikirkan adalah tindakan ini bertujuan supaya tidak menyusahkan umatnya untuk kembali semula ke masjid dalam suasana hujan yang pastinya menyebabkan para jemaah basah kuyup atau kotor kaki mereka kerana terpaksa meredahi becak dan lumpur akbat hujan tersebut. Disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas radhiallahu’anhu:

جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء، بالمدينة. في غير خوف ولا مطر.

Rasulullah saw telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

segala pandangan sgt dialu-alukan. wassalam.🙂


About fzfain88

islam. moderate. programmer. did all because allah. :)

As salam. Hi. Leave a Comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s