as salam semua. alhamdulillah dibulan Ramadhan yg sgt mulia ini, Allah masih beri ana peluang utk menulis 1 topik penting dlm hidup seorg Mukmin. sebelum itu, mcm biasa doa ana agar sekalian muslimin & muslimat & tidak lupa juga haiwan & tumbuh-tumbuhan tetap kekal sihat, bertenaga & jauh dari apa saje penyakit. ameen🙂

Allahhu Akbar, beberapa hari lagi Lailatul Qadr akan datang menyapa di bulan Ramadhan ini. ana berdoa agar kite semua dpt merasai malam yg sungguh istimewa ini. dlm kegembiraan menanti malam mulia ini, hakikatnya ana berasa sgt sedih. ini bermakna Ramadhan akan pergi meninggalkan kite secara perlahan2 hari demi hari. & Syaitan pun akan terus menyesatkan ana dihari2 mendatang.

apakah dapat ana merasakan Ramadhan yg penuh dgn pelbagai nikmat utk tahun akan datang? hanya Allah yg Lebih Mengetahui.

Lailatul Qadr adalah hari yg teristimewa buat ana. bukan saje utk ana seorang, tp utk seluruh umat Islam dipelusuk dunia. dalam sibuk mengejar Lailatul Qadr, suka utk ana peringatkan diri agar mengetahui apakah itu maksud Lailatul Qadr itu sendiri.

Laila = malam.

Qadr = keberkatan.

maka jika Laila & Qadr digabungkan, akan menjadi Malam Keberkatan.

kenapa pentingnya Lailatul Qadr ini?

kerana malam ini merupakan suasana malam yg gelap, hitam yg kotor serta jahil fasiq hatinya dari ilmu makrifat yg  bertukar kpd suasana yg gemilang cahaya keberkatan sgt terang benderang hatinya setelah mengenali Allah.

apabila kite dpt menggapai Lailatul Qadr, ini bermakna kite telah mengenal Allah. kite berubah sepenuhnya dr bsifat gelap kpd terang. bsifat mati hati kpd hati yg sentiasa hidup. mana mungkin setelah kite mendapat Lailatul Qadr ini, kite akan melupakan saat tersebut. malam dimana kite dpt mengenali Allah dgn sedekat2nya. malam dimana hati kite sudah terjual hanya padaNya. malam dimana hati kite tidak akan goyah lagi selepas ini walau dgn bisikan Syaitan & Iblis. malam dimana dirinya tidak akan jatuh dlm kesesatan utk apa jua keadaan. malam dimana mulai saat itu, hanya kpd Allah hidupnya disandarkan sepenuhnya. betapa sgt istimewanya Lailatul Qadr ini, terlalu besar kemuliaannya. kerana itulah seluruh umat manusia tidak mahu terlepas akan hadiah besar dari Allah ini.

dari surah al-qadr:1-5

sesungguhnya Kami menurunkannya didlm malam Al-Qadr, & adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? malam Al-Qadr itu lebih baik dr 1000 bulan. pd malam itu turunlah para malaikat & Ruh(Jibril) dgn izin Tuhan mereka utk segala urusan. sejahteralah malam itu shg terbitnya fajar.

Rasulullah saw juga melakukan ibadah dgn menyuruh ahli keluarganya bangun bersama dimalam hari.

saidatina Aisyah ra ada berkata: Nabi saw apabila masuk 10 akhir bulan Ramadan baginda mengikat kainnya. menghidupkan malam dgn beribadah & membangunkan keluarganya utk sama2 beribadah.

maksud mengikat kainnya adalah bersungguh2 mengerjakan ibadah.

maka, malam2 Lailatul Qadr telah ditetapkan pada 10 mlm terakhir Ramadhan.

pada malam2 itu, seluruh umat Islam mestilah beribadah dgn bersungguh2 utk menggapainya.

saidatina Aisyah ra juga ada meriwayatkan bhw Rasulullah saw bersabda: bersedialah dgn bersungguh2 utk menemui malam Lailatul Qadr pd malam2 yg ganjil dlm 10 mlm terakhir dari bulan Ramadhan.

mlm2 ganjil itu adalah mlm 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan.

mlm Lailatul Qadr adalah malam yg penuh rahsia. hanya Allah yg mengetahui bila ianya terjadi. kerana itu Rasulullah saw menggalakkan umatnya utk mencari peluang beriktikaf di malam tersebut. didalamnya terdapat pelbagai keistimewaan.

cara utk mendapatkan Lailatul Qadr, kite berusaha bersungguh2 mendekatkan diri kpd Allah dgn pelbagai ibadah termasuklah kebajikan sosial spt membantu golongan yg memerlukan. lakukan segala perkara kerana Allah semata2 dgn mengharapkan rahmat & keredhaanNya.

sesuai dgn HR Muslim: Rasulullah saw sangat bersungguh2 pada 10hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan baginda di waktu yg lainnya.

setelah mdpt malam Lailatul Qadr, maka ucapkanlah doa yg dianjurkan Nabi Muhammad saw dari riwayat saidatina Aisyah ra yg berbunyi:

Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?

Baginda menjawab, katakanlah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni.

ertinya: ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf & suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.

tanda2 kehadiran Lailatul Qadr itu dpt kite lihat apabila:

udara & angin disekeliling membuatkan diri merasa tenang.

HR Ibnu Abbas, Rasulullah saw bsabda: Lailatul Qadr adalah malam yg penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah & nampak kemerah-merahan.

dari Abi bin Ka’ab juga berkata Rasulullah saw bsabda: subuh hari dari malam Lailatul Qadr, matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.

para ulama’ juga sepakat mengatakan bhw:

org yg berkesempatan melihat malam tersebuat akan dapat merasakan bahawa segala yg ada di bumi & dilangit bagaikan bersujud ke hadrat Allah swt.

mereka dpt melihat suasana alam yg terang-benderang walaupun berada dlm kegelapan.

segala doa mereka akan diperkenankan Allah swt.

disini jelas terbukti Allah swt menyembunyikan kehadiran malam Lailatul Qadr utk menguji kite semua iaitu umat manusia sejauh mana tahap amal ibadah kite sepanjang Ramadhan.

insyaAllah jika kite bsungguh2 dlm melakukan ibadah semata2 hny kerana utk mendapat redha Allah, kite pasti akan menemuinya. ameen. teruskan usaha bagi mendakap redha ILLAHI. ingatkan pd diri bhw Lailatul Qadr bukan sekadar menanti, tetapi juga mencari dgn usaha yg tidak kenal erti putus asa.

wallahhu’alam.

wassalam🙂

About fzfain88

islam. moderate. programmer. did all because allah. :)

One response »

  1. ah bees says:

    insyaallah…🙂

As salam. Hi. Leave a Comment?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s